Wednesday, June 22, 2011

AYAH DAN MAK


                                               MOHD BOHARI BIN RASHID
                                                SITI FARIDAH BT ARSHAD


AYAH DAN EMAK
maafkanlah kami anakmu yang telah banyak kali menyakiti hatimu...sama ada kami sedar mahupun tidak kau tetap bersama kami...kau tetap mengajar kami...tidak pernah sekali kau tinggalkan kami anakmu...malah kau memberi kami semangat serta kekuatan dalam mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan ini...maafkanlah kami wahai ayah kerana telah banyak kali mengguris perasaan mu dengan kata-kata dan perbuatan yang tidak sepatutnya kami keluarkan dan lakukan...

AYAH DAN EMAK
Terbayang Ketenangan yang ayah dan mak slalu pamerkan kepada kami...Ketika kami dalam kedukaan, ayah dan mak memeluk kami dengan penuh pengertian..Di saat kami kehampaan ayah dan emak setia mengajar kami sampai kami semua matang...Di saat kami ada masalah ayah dan emak yang sering berada di sisi kami...Ayah dan emak selalu membantu kami...

AYAH DAN EMAK
Demi Tuhan kami bersyukur kerana dikurniakan Ayah dan emak seperti ini...Jasa ayah dan emak tetap akan kami kenang...Kami banyak berdosa pada ayah dan mak..Ampunkanlah dosa-dosa kami wahai ayah dan mak...PEngorbanan ayah dan mak terhadap kami akan kami hargai dan hanya Allah saja yang dapat membalas semuanya...Semoga Tuhan memberkati Kehidupan Ayah dan Mak...

AYAH DAN EMAK
Ampunkanlah dosa kami...Restu ayah dan emak amat kami harapkan kerana tanpa restu ayah dan emak hidup kami takkan bahagia...Ayah dan emak banyak mengajar kami supaya bersabar...Ayah dan mak bagai pelita di saat kami dalam kegelapan...Kasih Sayang Ayah dan mak amat bernilai kerana itulah harta yang paling bernilai dalam kehidupan kami Ayah dan Emak...

AYAH DAN EMAK
Dua jiwa satu Jiwa..Kasih sayang ayah ngn mak tiada tandingan, tiada nilainya dan tiada gantinya...Demi kebahagiaan ayah dan mak tak pernah mengenali erti penat lelah untuk membesarkan kami...Abadi kasih ayah dan mak sampai ke syurga...

AYAH DAN EMAK
andai kata ayah dan mak pergi nanti kami akan kehilangan tempat bergantung...Kami akan kesunyian...kami akan merindui ayah dan mak...Kami tak sanggup untuk kehilangan ayah dengan emak...Kami terlalu menyayangi ayah dan mak...Kamiterlalu mencintai ayah ngn mak...Terima kasih atas segalanya ayah ngn mak...


IKHLAS DARI ANAK-ANAKMU...
Siti Amalina Mohd Bohari
Siti Afiqah Mohd Bohari
Siti Asilah Mihd Bohari
Siti Alyaa Mohd Bohari(Arwah)

Tuesday, June 21, 2011

ALL BOUT MY CHENTA

AS SALAM     Aku nak ceritakan tentang kisah seorang insan yang amat aku sayangi tetapi insan ini telah meninggalkan keluarga aku buat selama-lamanya.. Namanya ialah Alyaa yang merupakan adik bongsu di dalam keluarga aku.

     Pada 29.11.1998, Alyaa dilahirkan di Hospital BAlik Pulau. Selapas 3 hari dilahirkan, akhirnya mak dapat pulang ke rumah setelah 3 hari di hospital.. KAmi satu family syok gila masa tu sebab terima kehadiran insan baru dalam keluarga kami..SITI ALYAA BT MOHD BOHARI..sedap nama tu..jeles aku sebab nama aku tak sesedap nama Alyaa..huhuhu..





    Alyaa sentiasa membuatkan kami sekeluarga tersenyum melihat telatahnya. MAklumlah budak kecik la katakan. Kami sekeluarga sering mengusik Alyaa ni..Dah la comel giler..tembam lak tuh mcm kakak-kakak dia jugak. terutama kaklong yang sememangnya tembam sejak kecik lagi..hehe..jgn mrh ye kaklong..Kalau kami pi umah Tok Maliah Alyaa slalu akan ketuk pintu rumah tok dulu..pastu dia panggil " Tuk..o Tukk..ukak pintu ni..Tuk" hhahahaha..aku kaklong ngan silah tergelak besar bila Alyaa panggil mcm tu..lawaknya..pastu satu hari tu tok bagi dia rasa sireh yang tok slalu duk makan..tapi tok cuma letak kapoq ja dalam daun sireh tu pastu tibalah masa kami menumbuk sireh tok bagi hancoq sebelum dimakan. Alyaa makan sireh tu pastu dia luah balik. hahahaha...Pastu kalau pi rumah tok dia dah tek berani dah usik barang sireh tok..

Disember 2000..
     Cuti semester sekolah akhir tahun..biasalah kalau masa cuti sekolah ja mesti kami akan pi Melancong sebab mak ngn ayah kaki melancong..Ayah akan ambil cuti kerja dan mak biasalah mak memang seorang cikgu dulu. memang best la..Kami pi Genting Highlands. MEmang sejuk gila kat sana..huhuuh tapi la ni Genting dah tak best mcm dulu..dah tak sejuk mcm dulu.. Alyaa best sgt masa kat sana..Alyaa ni dia tak suka kalau orang dukung dia. dia slalu nak bebas ja..sampaikan kami kadang-kadang risau.tapi takpa..DI mana dia ada kat situ kami akan ada..hehehee.. Kami sekeluarga main banyak permainan.. Biasalah masa tu kami semua budak lagi..Aku baru darjah 3. kaklong baru darjah 6 dan silah baru 6 tahun. memang syok gila lah..

       Selepas habis bercuti selama 3 hari  malam kat sana kami pon balik lah. Esok tu mak bawak Alyaa Pi rumah toklong Mi. Biasalah mak ni slalu ada program..mesyuarat.hehehe orang kuat la katakan. Lepas tu toklong tengak Alyaa dan kata kat mak awat muka Alyaa nampak pucat. MAk KAta Alyaa ni kerap demam sangat. bila pi Doktor, doktor kata demam biasa ja. PAtu toklong Milah suroh mak pi bawah dia Check lain takot ada sumtin.. MAk pon bawak dia pi check.. Doktor tak dapat kesan lagi penyakit dia...dia slalu kena pi tambah darah kat  hospital.. sat-sat pi hospital. kesian aku tgk dia. tangan dia berbekas ja sebab slalu kena cucuk ngn jarum. 

TAhun 2001.
        KAklong tahun ni dia dapat masuk Sekolah MEnengah sains PAsir Putih Kelantan. Kami sekeluarga pi hantaq dia kat sana. Pada 22.02.2001, Doktor sahkan yang Alyaa ni menghidap penyakit Leukimia. Hanya Tuhan JA yang tau mcm mana perasaan kami masa tu terutama skali mak.tambahan pulak tarikh ni pulak Tarikh HARI LAHIR MAK...(sedih gile) Mak ambil cuti dari mengajaq selama 3 bulan sebab nak jaga Alyaa. MAk ngan ayah mencari iktiar untuk mengubati penyakit Alyaa. macam-macam la petua kampung yang kami cuba untuk mengubati penyakit dia. selepas tu keadaan Alyaa semakin pulih buat seketika. Bulan 4 tahun 2001 tak salah aku Alyaa dimasukkan semula ke hospital sebab penyakit dia menyerang balik. Alyaa kena duduk dalam wad khas..kesian aku tengak kat mak sebab bertungkus lumus menjaga Alyaa 24 jam tanpa henti. Mak seorang yang cekal dalam menerima apa jua Ujian yang Allah beikan kepadanya. Doktor balut kedua-dua tangan Alyaa sebab Alyaa suka cabut wayar dari badan dia. biasalah budak-budak mestilah rimas kan dengan benda2 mcm tu..Alyaa akur ja. pastu Bila nurse nak pemasuk ubat dalam badan Alyaa. Alyaa slalu kena inject. Alyaa merintah.." Mak, akit mak..akit.." memang sedih sangat la bila dengar rintihan Alyaa.. MAk slalu ajaq Alyaa mengaji, berzikir sampaikan dia pandai.. Doktor bgtau yang Alyaa memerlukan sumsum tulang..dan mencari penderma sumsum tulang..ikutkan bulan 6 tahun 2001 nak buat pembedahan sumsum tulang tu. Selepas itu. HAri ke 24 Alyaa di Hospital, Alyaa dimasukkan ke dalam ICU. penyakitnya menyerang dengan lebih teruk lagi.. masa kat ICU mak membaca Yasin dan berzikir kat tepi telinga Alyaa. Alyaa ikut ja mak berzikir dan mengucap sebelum dia tak sedarkan diri. Doktor bagitau kat mak supaya Mak balik berehat kat rumah saja sebab Alyaa dah tak sedarkan diri asa tu..Biar pihak hospital yang menjaga Alyaa.. Mak pun Balik berehat kat rumah.. dan petang tu pulak kaklong baru sampai dari KElantan.

13 Mei 2001.
      HAri ni kat rumah tok maliah maksu balik dan masak untuk kami sekeluarga. Aku bermain di luar rumah bawah rumah tok dengan sepupu-sepupu aku. selepas itu mak ayah kaklong tok maliah ngn tok imah pi Hospital pada awal pagi lagi.. tiba-tiba..KRINGGGGGG...talifon kat rumah tok bunyi.. Aku jawab pastu aku bagi kat maksu.. MAksu jawab..selepas tu maksu letak. aku tanya kenapa.. MAksu terus peluak aku dan maksu nangis pastu maksu cakap" Alyaa dah takda..Alyaa dah meninggal" 

     Aku tergamam masa tu. Aku macam nak jatuh ja.. Aku tak percaya semua tu. Aku jadi mcm orang bodoh ja masa tu.. Aku menangis sekuat hati sambil maksu menenteramkan aku.. Lepas tu maksu call semua adik beradik kami dan bagitau tentang berita kematian Alyaa. Aku masa tu memang dah lemah longlai dah tak ley wat apa asyik menangis ja. RAmai orang mai rumah sebelum jenazah Alyaa dibawa pulang. Depa suma buat persiapan tempat untuk letak jenazah Alyaa... Setelah selesai urusan dengan pihak Hospital, Jenazah Alyaa pon di bawa pulang ke rumah.. Tok MAliah dan Tok Timah memangku jenazah Alyaa di blkg kereta. Masa tu aku tengok mak tenang ja.. Mungkin mak takmau menangis depan jenazah. yela tak berapa elok kalau menangis masa jenazah ada depan mata. Aku pon ikut ja depa bawak masuk jenazah Alyaa dan letak kat atas katil. Aku sentiasa berada di sisi JEnazah Alyaa masa tu.. Pastu tiba-tiba aku tengak Air mata keluar dari celah mata Alyaa. Aku bagi tau kat mak. pastu mak kata memang mcm tu.. Aku ingatkan Alyaa hidup lagi. PAstu mak panggil aku dan mak terus peluk aku dan silah nagn kaklong. kami menangis. sayu sangat keadaan masa tu. HAnya Allah ja yang taw mcm mana kami rasa.. Ayah lak sibuk untuk menguruskan pengebumian Alyaa. nampak tenang ja ayah masa tu. TApi aku tau dalam hati Ayah menangis sebab kehilangan seorang ank yang masih kecil. Selepas itu, JEnazah Alyaa dimandikan dan dikafankan. Masa kafan jenazah tu memang sayu gila lah.. Ramai yang menangis masa tu..Akhirnya Alyaa dibawa ke masjid disembahyangklan dan dikebumikan di Tanah PErkuburan PErmatang PAsir.. Kami satu family menjadi sayu sangat lepas tu. Kami kehilangan seorang insan yang amat kami sayangi dan masih kecil dan tidak mengetahui apa-apa lagi semasa hayatnya di dunia ini.. 


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana..Amin..
SITI ALYAA BT MOHD BOHARI
LAHIR: 29.11.1998
KEMBALI KERAHMATULLAH: 13.05.2001.